Saturday, September 8, 2007



Pada 7hb. September, SMK Pekan Baru Muar telah mengadakan Majlis Solat Hajat Perdana untuk memohon semoga Allah memberikan kelapangan hati dan fikiran kepada calon-calon PMR, SPM dan STPM yang akan menghadapi peperiksaan masing-masing pada bulan ini dan bulan hadapan. Seramai 400-500 para ibu dan bapa telah hadir untuk menyertai aktiviti tersebut. Solat Hajat Perdana telah dibawa oleh Tn. Hj. Daud bin Dawam iaitu imam 1 mesjid Pekan Parit Yusof. Pn. Pengetua telah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ibu/bapa yang hadir kerana begitu perihatin dan sentiasa dahagakan kejayaan anak-anak mereka. Semoga Allah akan memperkenankan niat dan tujuan semua pihak....amin









Sunday, August 5, 2007

Pemasangan CCTV

SMK Pekan Baru telah melangkah setapak ke hadapan apabila usaha pemasangan CCTV dibeberapa lokasi sekolah telah dimulakan pada 4hb. Ogos. Ini bermakna pihak pentadbir lebih mudah untuk memantau sebarang salahlaku di kawasan-kawasan yang dianggap sensitive. Walau bagaimanapun SMK Pekan Baru merupakan antara sekolah yang mempunyai disiplin yang baik dan sentiasa terkawal. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan sekolah yang sentiasa bertungkus-lumus untuk memastikan anak-anak SMKPB berada dalam kondisi yang terbaik dan sentiasa mendidik diri menjadi warga negara yang berguna.

Peperiksaan Percubaan PMR

Bermula pada 6hb. Ogos 2007. Semua pelajar SMKPB yang berada di tingkatan 3 diharapkan sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapinya. Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan PMR 2007. Ini merupakan masa untuk anda semua menunjukkan kebolehan, kesungguhan dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri agar benar-benar bersedia untuk menghadapi PMR sebenar kelak.

ISU SEMASA


SMK Pekan Baru akan mengadakan perkhemahan bersepadu bermula pada 3hb. - 5hb. Ogos 2007. Semua badan beruniform yang berdaftar di sekolah ini dikehendaki menghantar 30 orang peserta. Semua peserta merupakan mereka yang berada di tingkatan 1,2 dan 4 sahaja sementara pelajar kelas peperiksaan tidak dibenarkan turut serta. Obejktif utama perkhemahan kali ini adalah untuk mendidik pelajar supaya sentiasa mematuhi peragturan dan disiplin dan seterusnya mampu diaplikasikan dalam kehidupan seharian.